My Template works best
on Mozilla Firefox and
Google Chrome, sorry :)
Back to Home
« »
Caution : Not A Raya Post

orang kata time raya ni lah yang elok bermaaf-maafan,
lupakan yang keruh, ambil yang jernih.
jangan diungkit masa silam, bersedia untuk masa depan.


ITU ORANG YANG KATA.
tapi kita yang mendengar, tak semua yang kita ikut dan buat betul tak?



"i wish i could still call you a friend"



selepas mendengar kembali lagu Pink - Who Knew
lirik itu terlekat dalam minda.


duit tak dibawa bila mati.
harta tak dibawa juga bila mati.

JUGA KAWAN ATAU AHLI KELUARGA TIDAK DIBAWA BERSAMA bila mati.

nanti kau akan duduk dalam kubur tu seorang diri juga.


saya di sini bukan nak berceramah agama ke apa.
diri saya sendiri pun ada banyak kesalahan, tapi ilmu itu tidak baik kalau tak dikongsi.


bukan nak mengata atau menyakitkan hati sesiapa tapi inilah kenyataan hidup.

saya ingat, datuk saya sorg je yang fikir dia tu seorang TUHAN.
rupanya orang yang saya kenal dan tahu tapi tiada pertalian darah pun masih enggan lari dari egonya.


bak pepatah abg ngah saya, " atuk itu WENG sikit"



memang dah lumrah hidup untuk bergaduh antara sesama manusia atau ahli keluarga.

memang lumrah keluarga SAYA, untuk bergaduh pada malam hari raya.

memang lumrah hidup saya, yang saya mempunyai atuk yang sunguh cerewet dan terlalu 'tegas' dan sungguh tidak tahu untuk membezakan antara iman dan dosa.


tapi bukan lumrah hidup saya untuk hanya mengikut sahaja.


sedangkan dalam Islam sendiri kata, " ikutilah ajaran ibubapa mu selagi tidak melanggari syarak Islam."





meh saya nk cerita sikit,


"Aku ni seorang bapa. Aku ada kekuatan untuk menjatuhkan bala kepada anak2 aku. Kalau aku doakan, bala itu akan jadi. Islam sendiri mengatakan anak yang derhaka takkan tenang hidup dia."




haih, yang belakang tu dh memang betul wahai datuk ku.
tapi ada ke seorang bapa yang sanggup memusnahkan anak dia sendiri?
setahu saya, seorang bapa sepatutnya membimbing anak nya, bukan menjatuhkan dia.



"Aku dah berzikir banyak kali. Aku meminta pada Allah untuk menenangkan hati. Aku dah beriman kepada Allah. Tapi hati aku belum terbuka lagi untuk menerima kemaafan dia."




astaghfirullah...
sesungguhnya, heh, bukankah orang yang beriman adalah seorang yang pemaaf?
bukankah begitu?






sedih memang sedih.
memikirkan, dia tidak mengaku kewujudan anak sendiri.
mungkin perasaan marah menyelebungi diri dia pada masa itu.


heh, tapi bila fikirkan balik, sesungguhnya perkara ini berlaku, hanya kerana sebuah kuali.

patutkah pertelingkahan ini berterusan sehingga satu tahun?

sehingga melarang anaknya sendiri untuk beraya bersama dia selama dua tahun berturut.






bila fikirkan perkara ini, saya bersyukur.
sebab, ini telah memunasabahkan diri saya.

saya taknak jadi seperti Atuk saya.

biarlah dia yang menyebabkan kewujudan hidup ku dalam dunia ni.
tapi saya takkan biarkan dia menghancurkan ikatan keluarga saya.


sudah saya menerima bala yang dia 'doakan' kepada ayah saya, ibu saya, abg2 saya, adik saya DAN SAYA sendiri, hanya disebabkan sebuah kereta.



walaupun begitu, itu tidak bermaksud saya berhak untuk membalas dendam ataupun menumbuhkan perasaan benci.

sesungguhnya, dia telah menunjukkan contoh2 orang yang tak beriman.

saya enggan.
saya ingin menjadi seorang beriman.



dengan itu, saya menerima, bahawa, Datuk saya weng sedikit.
dan saya menerima bahawa saya ada kawan2 yang seperti mereka.


itu saya perlu menerangkan.
biarlah mereka faham sendiri.
kawan2 je, bukan sesiapa pun kan?

yang sakit kita seorang, mereka tak endahkan.
kenapa? sebab yang sakit bukan mereka.

agak kecewa dan sedih bila memikirkan hal ini.
kerana saya faham yang sekurang-kurangnya, ahli keluarga adalah seperti air yang tidak boleh diputus, gaduh beberapa kali pun, pertalian darah itu masih ada, mengalir dalam diri.

tapi kawan, heh




sudahlah, muhasabah la diri sendiri.


tapi, saya bimbang. kerana hidup ini tak menentu kadang2.
kita boleh mati dalam sekelip mata sahaja.


oleh itu, mohon ampun jika saya tersalah kata atau telah membuat sesuatu sehingga menyakikn hati saudara dan saudari.
manusia tak lepas dari buat kesilapan.
walau berapa ribu batu kita berlari, tapi kita takkan lari dari kesilapan.

oleh itu, saya memohon maaf.



dan jangan risau,
*saya taknak anda terseksa di kubur kerana tidak SEMPAT memohon maaf kepada saya.
jadi saya telah memaafkan anda dari dulu kita berjumpa sehinggalah akhir hayat.



seperti saya kata tadi,
kita boleh mati dalam sekelip mata sahaja.
MATI ITU TERLALU DEKAT SANGAT.



salam raya dari FARAHSYAFIQAH BINTI IBRAHIM




ps; -ayat yang bertanda * ini adalah ayat kontroversi.
saya pun agak ragu2 untuk letak.

Labels:

Post a Comment

Tuesday, September 22, 2009 3:37 PM
Posted by — Fasya Ibrahim.
FASYA IBRAHIM (facebook)
Profile Entries Dreams Old Entries Follow